Utama > SRI TAHFIZ NADI AL BAGHDADI PRESINT 15 PUTRAJAYA

05-Nov-2019

Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh dengan kerjasama Kumpulan Al Baghdadi terus melangkah ke hadapan dalam memperjuangkan Kalam Allah dengan menubuhkan sebuah Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Al Baghdadi yang pertama di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan mula beroperasi mulai 1 Januari 2017 yang telah dirasmikan oleh S.S. Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
Sejak dimulakan pada tahun 2009, Al Baghdadi memiliki 1200 program rangkaian di seluruh Negara dan telah menerima beberapa pengiktirafan Malaysia Book of Records. Antaranya ialah;
  1. The Largest Quranic Learning Centre Chain
  2. The Largest Quranic Tahfiz Centre
  3. The First Quranic Prenatal Program
  4. The First Quranic Tahfiz Learning Module
Hasrat SRI Nadi adalah untuk melahirkan generasi huffaz Al Quran yang mampu menghafal ayat-ayat Al Quran dan cemerlang dalam bidang akademik mahupun diniyyah. Kumpulan Al Baghdadi juga telah menghasilkan 7 program pendidikan Al Quran iaitu APEC, ACC, APC, ALC, NAC, AQLC dan SRI Nadi. Program pendidikan dimulakan dengan Al Baghdadi Prenatal Education Centre (APEC) iaitu merupakan stimulasi pendidikan Al Quran bermula sejak dari dalam kandungan. Seterusnya Al Baghdadi Childcare Centre (ACC) adalah pendidikan Al Quran untuk kanak-kanak bermula dari 0-3 tahun sahaja. Kemudian diteruskan lagi dengan Al Baghdadi Playtime Centre (APC) yang merupakan 50% daripada pembelajaran adalah pendidikan Al Quran bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Program Al Baghdadi Learning Centre (ALC) dihasilkan merangkumi pembelajaran Tamhid, Tajwid, Talaqqi Am dan Talaqqi Khas. Manakala program Nadi Al Baghdadi Centre (NAC) pula menggunakan pendekatan neurofisiologi melalui Program Neuro Nadi Al Hafiz Al Baghdadi. AL Baghdadi Quranic Language Program (AQLP) pula merupakan satu program inovasi yang telah disusun khas untuk memberikan nilai keseronokan dan memudahkan masyarakat dalam mempelajari bahasa Al Quran (Bahasa Arab).
Program pendidikan Al Quran Al Baghdadi diteruskan dengan penghasilan SRI Nadi yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar pada peringkat sekolah rendah. SRI Nadi ditubuhkan berasaskan Kurikulum Standard SRI Nadi (KSSN) yang terdiri daripada 4 teras kurikulum iaitu Kurikulum Standard Hafazan (KSH), Kurikulum Standard Akademik (KSA), Kurikulum Strandard Linguistik (KSL) dan Kurikulum Standard Dini (KSD). Kurikulum Standard Hafazan (KSH) merangkumi 50% daripada pembelajaran menggunakan Program Neuro Nadi Al Hafiz Al Baghdadi. Kurikulum yang kedua adalah Kurikulum Standard Akademik (KSA) dirangka berpandukan subjek-subjek akademik yang wajib bagi peperiksaan umum di Malaysia. Seterusnya Kurikulum Standard Linguistik (KSL) yang melibatkan modul Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab yang unik dan kreatif dengan memberi penekanan terhadap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar. Kurikulum Standard Dini (KSD) pula adalah kurikulum yang terdiri daripada subjek KAFA dan melibatkan kerjasama dengan pihak JAWI, JAKIM dan JAIN.